Salam hormat.
Adalah dimaklumkan surat makluman menduduki peperiksaan Ulangan Julai bagi calon PPG sem. 1 dan sem. 2 pada 7 dan 8 Julai 2012 tidak dapat diedarkan kepada calon kerana masalah ketiadaan alamat, no. fax dan no. telefon yang lengkap di Unit Peperiksaan.
Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada pelajar berkenaan sila kirimkan alamat email yang betul kepada badruddin@ipgmkdri.edu.my atau badin1969@gmail.com dengan segera untuk urusan penghantaran surat berkenaan.
Kerjasama daripada semua pelajar PPG berkenaa amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.