Baru-baru ini, pelajar PPISMP PJ Ambilan Julai 2009 , tutee Hj. Abu Zarin Abu Bakar telah mengadakan ekspidisi Boathouse di Tasik Kenyir. Destinasi ialah digigian air terjun Sungai Lasir.
Kesemua 22 orang pelajar termasuk tutor dan KJ PJ menyertai ekspidisi tersebut. Selain daripada menikmati panorama keindahan alam semula jadi tasik kenyir.
Aktiviti lain yang dijalankan ialah memasak di dalam boat, solat berjemaah setiap waktu diikuti tazkirah, aktiviti keyakinan diair (berenang disungai Lasir dan diair tasik), memancing malam, kembara air terjun lasir lima tingkat dan aktiviti pertunjukkan bakat. Boathouse dilengkapi dengan bilik berhawa dingin (Bilik wanita dan pensyarah), kemudahan bilik air dan siaran astro.
Pada keseluruhannya ekspidisi ini merupakan satu aktiviti yang berjaya dan dapat meningkatkan ukhwah dikalangan ahli.
tambah satu lagi aktiviti : melawat taman herba tasik kenyir. Yang tak sempat pergi gua bewah dan centuari Kelah.
