Persembahan atau amali Bercerita "Big Book: telah diadakan di Pusat Sumber Ibnu Sina pada 14 Oktober 2009 yang lalu oleh pelajar-pelajar PISMP Semester 2. Aktiviti ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan dengan Pusat Sumber Ibnu Sina serta bantuan pelajar PISMP Semester 4. Ia diadakan bertujuan membolehkan guru pelatih menjelaskan kandungan ilmu mengenai kemahiran bahasa, mengaplikasikan kemahiran bahasa dan berkebolehan merancang dan menguruskan bahasa dengan berkesan.
Aktiviti ini turut dimanfaatkan oleh guru-guru KDP 4 minggu Prasekolah yang hadirkan ke IPG KDRI untuk mengikuti kursus.