Pusat Sumber Ibnu Sina telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Teknologi Mara, Machang, Kelantan pada hari rabu 25 November 2009 yang lalu dengan membawa semua Pegawai dan Staf Pusat Sumber serta Staf yang lain bertujuan menjadikan perpustakaan UiTM sebagai penanda aras (benchmarking) kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM KDRI).