Ketika kumpulan Penghasilan Video Korporat sedang menyediakan skrip dan editing video, satu lagi kumpulan berhempas pulas menyiapkan lagu IPG masing-masing secara kolaboratif kerana lagu tersebut akan digunakan sebagai muzik latar ketika di Hotel Grand Continental Melaka. Alhamdulillah Video Korporat itu dapat disiapkan. Namun begitu kualiti Video Korporat berkenaan harus dimurnikan dengan melibatkan krew yang lebih ramai dan berpengalaman bagi memastikan penerbitan video berkenaan mencapai tahap yang dikehendaki. Kini kita telahpun mempunyai video korporat dan lagu IPG KDRI versi baru.