Merujuk surat dari Bahagian Pendidikan Guru [KP(BPG) 9026-601/2/(18)] telah bersetuju bahawa Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Julai 2008 akan diadakan pada 4 Januari 2010 di IPG masing-masing.
Sehubungan itu, pendaftaran bagi IPG Kampus Dato' Razali Ismail adalah seperti berikut:-
Tarikh: 4 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Farabi
Yuran pendaftaran: RM 150.00 (tunai)
Pakaian: Rasmi
Sekian, terima kasih.