
Sedar tak sedar kita telahpun berada di ambang tahun 2010 kini. Apa yang menjadi iktibar kepada kita ialah umur kita sudah pasti meningkat satu tahun. Di samping kita mengingati tentang umur kita, mungkin juga kita kenangkan kembali perkara-perkara manis pahit sepanjang tahun 2009 yang telahpun berlalu itu. Mungkin gambar di bawah menjadi iktibar kerana kita sering melihat saudara-mara, sahabat handai atau orang lain telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.
