Hari ini 13 Januari 2010 (Rabu) Kehadiran Yang Berbahagia Dr. Amin bin Senin, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG) bersama rombongan telah menyampaikan ucap utama dalam satu Majlis Perasmian Persediaan Akreditasi memberi makna besar kepada seluruh warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato' Razali Ismail kerana telah memberi gambaran yang jelas tentang perubahan bukan sahaja daripada segi struktur tetapi halatuju IPG, di samping itu, inilah julung kali beliau datang ke kampus ini.