Unit PJ Semester 5 telah berjaya menganjurkan program tersebut pada 30 Januari 2010. Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian yang melibatkan 10 stesen dan meliputi kawasan sejauh 21.5 km. Mukim Batu Rakit. Pertandingan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Unit Trafik Polis bagi melicinkan pergerakan peserta. Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Pengarah. En. Mohamad bin Ngah. Pasukan Biru Dua dari Unit Matematik sem 3 telah menjadi juara. Terdapat juga kategori basikal tercantik. Pasukan Kuning Satu (unit Pra sem 3) dan Biru Satu (Unit Pra sem 5) memenangi kategori tersebut. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Tn. Hj. M Shaipulah Awang Ibrahim.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kepada semua peserta .
Jumpa lagi dalam pertandingan Senamrobik Februari nanti.
