Kami warga Institut Perguruan Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dengan penuh tanggungjawab dan iltizam berjanji akan:
- Mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif secara berterusan.
- Memberi latihan dan bimbingan keguruan secara bersepadu.
- Mewujudkan dan mengeratkan permuafakatan pintar secara profesional dengan sekolah. institusi pendidikan awam serta pelbagai agensi dan masyarakat sekitar.
- Mentaksir, menilai dan menguji prestasi pelajar berasaskan kriteria yang ditetapkan.
- Mewujudkan interaksi dan komunikasi secara profesional dan berkesan.
- Mengurus kewangan institut mengikut prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
- Memastikan elaun pelajar dibayar selewat-lewatnya pada 10 haribulan setiap bulan.
- Mengambil tindakan ke atas aduan pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Melaksana segala objektif, dasar, manual dan prosedur kualiti serta dokumen-dokumen MS ISO 9000:2000